assalamualaikum.gif

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Selamat Datang Ke Portal Web Rasmi Majlis Hal Ehwal Murid, SMK Benut. Terima kasih dengan kunjungan anda. Selamat Belajar. Semoga Kecemerlangan Milik Anda. Insyaallah.

Wednesday, April 15, 2009

Pelancaran Ponteng Kelas dan Salah Laku Pelajar


OPERASI PONTENG KELAS DAN SALAH LAKU SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(Pelancaran Buku Pemantauan Pelajar Semasa P&P : 13 April 2009)

Pendahuluan:
Kebelakangan ini, salah laku murid di sekolah sering kali menjadi isu dalam kalangan masyarakat dan menjadi tajuk utama di muka hadapan akhbar. Langkah pencegahan dan pemulihan perlu dilakukan. Usaha pencegahan perlu di lakukan seawal mungkin dan disepadukan dengan proses sosialisasi agar murid-murid dapat membentuk jati diri dengan nilai2 murni yang boleh diterima umum.

Faktor-faktor penyebab kepada salah laku murid yang dikenal pasti:
  1. Individu: bekerja, tidak minat belajar, ketagihan merokok, ...
  2. Latar belakang keluarga: perceraian, ibubapa yang terlalu sibuk bekerja, tiada suasana pendidikan/agama ... kemerosotsn institusi kekeluargaan
  3. Rakan sebaya: pergaulan bebas, budaya lepak, ...
  4. Persekitaran: pengaruh rakan sekelas, iklim kelas yang tidak kondusif, ...

Jenis-jenis salah laku:
  1. Tingkah laku jenayah: mencuri, memeras ugut, membuli, mencabul kehormatan, mengancam/memukul/mencederakan murid lain, menceroboh bilik khas: bilik guru, bilik warden asrama, pejabat sekolah, ....
  2. Tindakan lucah: bercumbu-cumbuan, berkhalwat, berpeleseran dan berpegang tangan, menggunakan kata/isyarat/perbuatan lucah, melukis/menulis kata-kata dan gambar lucah, gangguan seksual, membawa/memiliki/mengedar bahan, alat dan gambar lucah.
  3. Tingkah laku Kurang Sopan & Biadab: berkelakuan kasar terhadap pengawas atau murid lain, berbahasa kesat, menyimpan/menghisap rokok, mengganggu P&P, tidak hormat guru/pengawas, berkelakuan kasar terhadap pengawas
  4. Tingkah laku Musnah: merosakkan harta benda sekolah - kerusi meja, alat pencegah kebakaran, alatan sukan, guru - kereta, /kantin sekolah/murid
  5. Tingkah Laku Tidak Jujur/Menipu: melibatkan wang/kepercayaan.
  6. Ponteng: ponteng sekolah/ kelas /makmal/ bengkel KH/ kelas tambahan/ perhimpunan/ aktiviti kokurikulum/ atau ponteng ujian/ peperiksaan
  7. Kekemasan Diri: rambut, kuku, misai & janggut, barang2 perhiasan yang dilarang
  8. Tingkah laku Tidak Mementingkan Masa: berkeliaran di kawasan sekolah, datang lewat ke sekolah, lewat ke perhimpunan, makan dikantin di luar masa rehat, ...

Matlamat:
Mengenal pasti murid yang mempunyai masaalah salah laku terutamanya ponteng kelas dan mengambil langkah2 bersepadu: pencegahan awal serta pemulihan terhadap mereka yang terjebak. Justeru ponteng kelas dan salah laku dalam kelas dapat dibendung dan ditangani dengan segera dan berkesan.


Objektif:
  1. Memastikan murid memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran & pembelajaran.
  2. Melaksanakan langkah pencegahan awal supaya masalah ponteng kelas dan masalah salah laku pelajar semasa P&P dalam keadaan terkawal.
  3. Mengenal pasti murid-murid yang telah terlibat dengan gejala salah laku dan pelanggaran disiplin.
  4. Menjalankan program pemulihan terhadap murid-murid yang telah dikenal pasti terlibat dengan salah laku dan pelanggaran disiplin.

Implikasi:
Salah laku murid yang tegar walaupun sedikit atau salah laku murid kecil tetapi kerap dan berlarutan di sesebuah sekolah akan membentuk budaya sekolah yang tidak sihat. Hal ini menggambarkan tahap disiplin yang rendah. Kes ponteng kelas dan salah laku semasa P&P jika tidak dibendung akan menjejaskan proses P&P, seterusnya akan menyebabkan prestasi akademik yang merosot. Selain itu, dikhuatiri murid akan terjebak dalam salah laku yang lebih serius seperti merokok, membuli dan ponteng sekolah.


Strategi Pelaksanaan
  1. Setiap kelas telah disediakan buku Pemantauan Pelajar Semasa P&P. Setiap pagi, wakil kelas akan mengambil buku PPS P&P di pejabat dan meletakkannya kembali sebelum balik di ruang yang telah di sediakan.
  2. Dalam buku ini, senarai nama pelajar, waktu belajar dan ruang tanda tangan setiap guru yang mengajar telah disediakan. Guru akan menuliskan kod kesalahan pada petak nama pelajar yang telah melakukan kesalahan.
  3. Kod kesalahan adalah seperti P-Ponteng kelas, Penampilan diri: A5-memakai barang perhiasan yang terlarang, Kekemasan Pakaian : B7- tidak memakai tanda nama, .....
  4. Hanya wakil pelajar setiap kelas dan guru sahaja dibenarkan menyimpan @ melengkapkan buku PPS P&P. Ini bagi mengelakkan buku ini diconteng, rosak atau hilang.
  5. Murid yang kerap melakukan kesalahan akan di siasat rapi oleh Guru Tingkatan dan Guru Penyelaras Disiplin Tingkatan. Data akan di masukkan dalam Fail Disiplin Tingkatan untuk tujuan pengumpulan data salah laku pelajar dan pada sistem SSDM untuk makluman Pegawai Unit HEM PPD.
  6. Laporan kesalahan ini juga akan dimaklumkan kepada kaunselor dan ibu bapa/penjaga murid untuk diambil tindakan bersama-sama.

Strategi Pengukuhan dan Pemantapan
  1. Menghantar SMS kepada ibu bapa/penjaga untuk memaklumkan bahawa anak mereka telah kerap melakukan kesalahan semasa P&P.
  2. Murid mesti menggunakan Pas Pelajar bukti mereka dibenarkan keluar oleh guru berkenaan. Murid yang tidak memakai Pas Keluar akan dikenakan tindakan disiplin.
  3. Meningkatkan penggunaan Borang Salah Laku Bersaiz Kocek di kalangan guru.
  4. Murid tidak dibenarkan keluar pada Waktu 1, sebelum atau selepas rehat ( Waktu 4, 5 & 6) dan waktu terakhir (Waktu 9 & 10) kecuali kes-kes kecemasan.
  5. Program Pemulihan bagi murid berisiko tinggi melakukan kesalahan akan diadakan. Contoh : Smart Solat, Mentor Menti, Perjumpaan ibu bapa bersama Ketua Kampung, ...
  6. Murid tegar melakukan kesalahan akan diberikan Kad Jom Belajar dan murid dikehendaki mendapatkan tandatangan setiap guru mata pelajaran dan disemak oleh ibu bapa atau penjaga setiap hari.

Rumusan :
Kejayaan dan keberkesanan program ”operasi ponteng kelas dan salah laku semasa P&P” ini memerlukan penggembelingan tenaga semua pihak demi memastikan proses P&P di sekolah berjalan dengan lancar dan berkesan agar menjamin kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.
Namun secara umumnya untuk mengelakkan salah laku terjadi, pelajar perlu menjaga minda, hati, input badan (pemakanan) dan persekitaran. Namun solat merupakan terasnya. Ini dibuktikan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Angkabuut: ayat 45 yang bermaksud ”Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar”.


Di sediakan oleh;
HJH ANDI AUDRAYANAH BINTI HJ MD NOOR
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Smk Benut, Pontian, Johor.

1 comment:

  1. Apa shj bentuk salahlaku adalah berkaitan dgn keberkesanan fiqh. Saya lihat fiqh kita kontot, maqasidnya tidak diajarkan. Banyak menekankan apa yg boleh dan yg tak boleh sahaja. Maka generasi kita tidak nampak hubungan sembahyang dengan akhlak. Kita sendiri tau sembahyang tiang agsma tapi sekadar tau tidak dapat membuktikannya. Ayat 45 surah al Ankabut itu pun ramai kalangan agamawan kabur n ragu2 menjelaskannya. Lihat contohnya dalam ebook Salahlaku Dalam Sembahyang. Kunjungi karismaedar.blogspot.com atau hubungi 0133377242. Jgn lihat ini suatu iklan tetapi sbg jalan petmulaan kpd penyelesaian isi salahlaku.

    ReplyDelete


PENAFIAN:

SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN YANG DIALAMI KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI PAPARAN TERBAIK : 1024 X 768 px [IE/FF]

Hakcipta Terpelihara © SMK Benut 2009